<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7175761492491546954&amp;blogName=Orkid+Edyliyne&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://orkidedilyne-diari.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http://orkidedilyne-diari.blogspot.com/&amp;vt=5415541255675732864" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
Orkid Edyliyne's stuff
penulis



story

plan

my babies




kisah ke-lesbian-an OE...
Written at 6:13 PM on Wednesday, February 15, 2012

Assalamualaikum

hari yang cerah!

mood : kerinduan semakin tak boleh ditahan-tahan dan mampu membuatkan OE jadi orang yang tak tentu hala dan hampir gila.

perlu ke tajuk macam tu?

alahai...

tak ada maknanya OE nie lesbian. kalau OE nie lesbian, mesti orang dah lama lari dan ketakutan dan perempuan perempuan yang pernah share tilam dengan OE, mesti rasa terancam.

eh... ke, OE nie gay boy?

"alamak! terconfuse jantinalah pula dia ni."

takkanlah kan...

macam nie sebenarnya.

masa adik perempuan OE cuti masa tu, kitorang banyak keluar sama sama.

~ ceh poyo pakai gambar lama. dah tak ada gambar baru ke OE oi...

lepas tu, pergilah satu shoping mall ni. kat sana, punyalah ramai kaum kaum yang sama jantina berpelukkan dan bergandingan tangan malahan ada yang bercumbuan tak ingat dunia yang dia tu di tempat awam dan mula buat tekak kitorang macam nak tergeli gelian

pulak OE nie kalau berjalan, tak pegang tangan orang, memang tak sah. dah OE duduk bergayut je dekat lengan adik OE nie.

dahlah orang selalu kata yang kitorang ni kawan, bukannya adik beradik sebab mukanya tak sama lansung.

dan setiap kali berjalan tu, orang mesti pandang kitorang pelik. tambah tambah bila ada kaum kaum yang bersamaan jantina tu kan. lagilah diorang pandang pelik. macam kitorang nie lesbian kelas atasan siap berbalut tudung kat kepala.

mesti dalam hati dia... "pergh! minah ni perosak agama sungguh! tak padan dengan bertudung lepas tu berkelakuan tak senonoh. (padahal pegang tangan je)"

mana tidaknya. dah dua dua pakai baju lebih kurang sama, style belit pashmina pun lebih kurang sama, kasut sama, bergerak dan berjalan pun lebih kurang sama.

adik perempuan OE nie, perangai dia macam jantan sikit. dah OE selalu cakap dengan dia... "kau ni... lelaki kan?" tak pun, "eh... kau ni perempuan ke?"

"padahal dia pun sama je. ada suka pakai pakaian lelaki, kasut lelaki, perfume lelaki. nasib baik je awak tu pakai tudung. kalau tidak, orang pun confuse sama"

~ di saat diri ini berangan tak tentu hala dengan mata lalat, ada pulak orang menyebok di belakang.

dan bila dah asyik confuse dengan jantina adik OE nie, dah kitorang tukar pulak perkataan 'lesbian' dengan 'gay boy'.

"perkara sadis ini berlaku adakah disebabkan kami tak ada buah hati?"

alahai tak adalah sesadis itu. OE dah ada calon cuma belum sampai jodoh je lagi.

"hah yang itu sadis."

okeylah dah nak pergi breakfest. dah kena bebel.

sampai sini dulu.


OE katakan...

"perkataan 'gay boy' tu dah jadi mainan je bagi kitorang yang memang sama sama kadang kadang terkeluar kejantanannya ni. sabar jelah. tapi, sayangnya seorang kakak pada adiknya lebih bermakna dari sayangnya seorang kekasih kepada kekasihnya."

Labels: , ,



1 comment(s)


Orkid Edyliyne ^ ^



for more reading, click 'history' or 'future'...
History |






hari blur
Written at 6:36 PM on Thursday, January 26, 2012

Assalamualaikum

entah apa je yang ada dalam fikiran OE sekarang nie. inilah kalau dah otak sesak dengan jalan cerita itu dan jalan cerita ini.

sampaikan tengah baring nak tidur pun idea masih lagi berasak asak dalam kepala otak.

lepas tu, bila tidur je, mesti nanti esok paginya cari balik dah tak jumpa . sabar jelah OE nie hah!

jadi tak naklah cerita panjang panjang. ada beberapa benda je nak diceritakan.

"macam banyak je bunyinya."

1) anak kepada sedara OE.

- manja dia dengan ucu dia. yang duduk atas riba tulah sedara OE punya anak.

okey kakak OE masih lagi tak kahwin jadi tak ada lagi anak sedara.

dia nie sangat petah walaupun baru umur 4 tahun macam tu . kalau pasangkan lagu yang dia tahu, nanti mulut dia bergerak mengikut lagu tu.

cerdik betul dia. kalau datang rumah OE, mesti mulut dia je yang bising.



2) cikgu bahasa Jepun yang cool

- yang tengah tengah tu cikgu bahasa Jepun OE dekat USM. hari tu time exam, lepas paper dia, kitorang ambil gambar sama sama

dia kalau mengajar, memang seronok. dahlah muka dia memang macam orang Jepun. cara dia mengajar pun sangat sangat cool.

OE masuk kelas dia lambat sebab ambil kelas dia sebagai elektif. saja seronok seronok.

yang paling cool, dia cakap Jepun dengan isteri dengan anak dia dekat rumah.

yelah dah dia pun duduk Jepun dari kecik dan baru balik Malaysia. jadi, isteri dia pun pandai cakap bahasa tu.

kitorang kalau masuk kelas dia pun, banyak gelak dan main dari belajar.



3) OE sangat suka makan.
- tak tahu kenapa muka tu terlampau bahagia dengan makanan di tangan.

nie time tahun lepas. tahun nie, belum lagi pergi berjalan ke mana mana. nak balik kampung pun tak lagi.

OE sangat suka makan. sebab tu bulat sana sini.

okeylah. sampai sini je.





OE katakan...

"layankan jelah OE nie. kalau dah blur, entah apa apa jelah yang OE cakap dan tanya tak tentu hala. progress menyiapkan 3 ke 4 manuskrip dalam satu masa. harap harap boleh dihantar sebelum datangnya bulan 4 atau 5."

Labels: , , , ,



7 comment(s)


Orkid Edyliyne ^ ^



for more reading, click 'history' or 'future'...
History |






MASAK sambil TIDUR
Written at 7:38 PM on Wednesday, January 25, 2012

Assalamualaikum.

mood : berbangga dengan diri sendiri. tapi kadang rasa sadis.

tadi OE tolong ayah OE masak. tak adalah masak macam mana grand pun . cuma masakan kampung yang sedap dan best.

sejak dah asyik berangan nak kahwin nie, makin galak pulak OE duduk dapur.

walaupun tak pegang kuali, tak terpercik minyak, sekurang kurangnya OE duduk dapur dengar ayah mengajar OE masak itu dan ini.

supaya nanti, OE bolehlah masak sendiri.

- nie apa yang OE buat tadi. ayah masak kari, OE buat nie. ayah siap lagi cepat dari OE. sabar jelah.

OE nie buat kerja lembab sikit. satu satu . bak kata ibu OE, focus bila buat something.

dan disebabkan itu, OE buat kerja memang sangat lambat. kalau buat semua dalam satu masa, alamatnya salah satu atau semua, mesti hangus OE kerjakan.

nampak jelah kuah kacang dah macam coklat cair OE kerjakan.

okey sudahlah pasal masak . segan pulak OE nak cakap banyak banyak pasal masak sebab OE memang baru je nak belajar masak.

"well, kamu kan perasan kamu masih 16 tahun. okey apa belajar masak time umur umur macam nie, kan?"

okey sila jangan percaya OE nie 16 tahun.


- iklan : sentiasa perasan diri 16 tahun. dah banyak sangat minum collegen dan ubat ubatan untuk awet muda. yes terima kasih pada ibu OE yang selalu membebel pasal tu.

pasal tidur. tahu kan ada waktu waktu yang kita tak patut tidur, dan waktu waktu yang patut tidur

"tak bagi salam tak bagi apa, tiba tiba cakap pasal tidur."

waktu boleh dan sepatutnya tidur

... waktu malam sebab malam memang sepatutnya orang rehat dan satu hormon akan dikeluar aktif pada waktu malam sahaja. hormon tersebut baik untuk tubuh.

... waktu tengah hari sebelum Zohor sebab waktu tu, kalau tidur, mesti nanti akan rasa lega untuk buat kerja di petang hari.

dan...

waktu yang dilarang dan tak sepatutnya tidur

... waktu pagi sebab pagi pagilah rezeki masuk dan orang yang suka tidur pagi akan mewarisi kemiskinan.

... waktu petang sebab akan mewarisi kegilaan.

... waktu Maghrib sebab Maghrib kan pendek, nanti tertinggal solat pulak. dan ada orang cakap, waktu Maghrib banyak syaitan berkeliaran.

okey itu apa yang OE tahu dan asyik diceramah oleh ibu sebabkan dulu OE kuat tidur.

tapi, sebenarnya sekarang pun OE masih lagi kuat tidur sebenarnya . tapi dah pandai pilih waktu.

tapi semalam, OE terlewat sangat tidur tengah hari dan lepas tu, terlajak sampai ke petang dah nak injak 6 setengah.

dan kebiasaannya OE kalau tidur waktu waktu macam tu, guaranty punya akan alami mimpi ngeri.

dan nasib baik ayah OE kejut . alahai.

dan lepas bangun tu, terus je dapat idea untuk cerita baru.

tapi memang sungguh tidur petang sangat sangat dilarang sebenarnya kecuali dah terlampau terdesak.

okeylah. sampai sini je dulu.



OE katakan...

"nasib baik OE boleh bangun. kalau tak bangun terus, tak ada oranglah nak update blog nie nampaknya. dan yang paling seronok dapat idea untuk novel baru. buat cerita thriller lah pulak nampaknya lepas nie."


ayah OE kata pulak...

"dia (OE) nie pelik sikit sebab dia dapat idea dengan tidur . mana tak nya, tidur sepanjang masa, bangun je tidur, terus capai netbook dan tekan tekan tekan dengan dahi berkerut kerut, lepas tu, sambung tidur balik. itu maknanya dengan tidur boleh jana idea."

Labels: , , ,



4 comment(s)


Orkid Edyliyne ^ ^



for more reading, click 'history' or 'future'...
History |